Anis Nabilah

recipes, tips & updates from Anis Nabilah

7 notes

allieya asked: lia suka tgk anis memasak dlm rancangan rasa-rasa tv9 tu..anis nampak mcm seorang chef yg profesional...semoga berjaya...

hi lia, thank you so much!! jangan lupa tengok malam ni yea? insyaallah =)

12 notes

RESIPI : Rasa-Rasa Episode 4 : Pot Luck

1) NASI JAGUNG

Bahan-Bahan

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 biji cili hijau (dikisae)
  • 4 biji buah keras (dikisar)
  • 2 sudu besar kas-kas (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 2cm halia (dihiris)
  • 4 batang serai (dititik)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 tin susu sejat
  • 2 cawan air
  • 4 cawan beras basmathi
  • 1 tin jagung
  • Saffron
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Serbuk pati ayam 
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula


Cara Penyediaan

  • Kisarkan bawang besar, cili hijau, buah keras, kas-kas, dan bawang putih sehingga lumat.
  • Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk nasi. Campurkan air dan susu sejat
  • Dengan menggunakan periuk leper, cairkan minyak sapi dan tumiskan bawang merah, halia dan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumiskan sehingga bau harum
  • Masukkan serai, serbuk cili, jagung, garam, gula dan pati ayam
  • Campurkan bahan-bahan yang telah ditumis kedalam periuk nasi, selepas nasi siap dimasak taburkan baun bawang yang telah dihiris sebelum dan sedia untuk dihidang

2) AYAM MASAK ROSE

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ayam dipotong 4 dan digoreng
  • Minyak masak
  • 3 biji bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 biji bunga cengkih
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 genggam cili kering (dikisar)
  • 10 biji bawang merah (dikisar)
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 cm halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar) 
  • 1cm lengkuas (dikisar)
  • 2cm kunyit hidup (dikisar)
  • 5 biji buah keras (dikisar)
  • 2 sudu besar kas-kas (dikisar)
  • 2 sudu besar biji ketumbar (dikisar)
  • 1 sudu besar jintan putih (dikisar)
  • 1 sudu besar jintan manis (dikisar)
  • 1 tin sup tomato
  • Gula
  • Garam


Cara Penyediaan

  • Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali dan tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis. 
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar dan tumiskan lagi sehingga harum dan pecah minyak
  • Masukkan sedikit air dan masukkan ayam yang telah digoreng
  • Setelah mesra, masukkan sup tomato, garam & gula. 
  • Hidangkan bersama Nasi Jagung.

3) BREAD PUDDING PISANG BERSAMA SOS VANILA

Bahan-Bahan

> Puding Roti

  • 1 buku besar roti putih
  • 5 biji telur
  • 800ml susu segar
  • ½ cawan gula kastor
  • 3 sudu besar tepung custard
  • 100gm mentega
  • 7 biji pisang rastali / emas (dipotong nipis)
  • 4 sudu besar mentega kacang
  • 250gm coklat masakan (dicairkan)

> Sos Vanila

  • 1 liter susu segar
  • 5 sudu besar tepung custard
  • 1 biji kuning telur
  • ½ cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila


Cara Penyediaan

  • Panaskan ketuhar pada suhu 170c. 
  • Sapukan sedikit mentega pada loyang. Sapukan mentega dan mentega kacang pada kedua-dua belah roti dan potongkan 4.
  • Dalam mangkuk yang berlainan pukulkan telur, gula kastor, susu segar dan tepung custard sehingga sebati
  • Susunkan roti yang telah dipotong kedalam loyang, selepas susun lapisan pertama susunkan pisang diatas roti dan tuangkan sedikit coklat keatasnya. 
  • Tuangkan pula sedikit bancuhan telur tadi, dan lakukan langkah sama pada lapisan kedua dan seterusnyadan akhiri dengan lapisan roti bersama coklat dan bancuhan telur tadi.
  • Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 45 minit
  • Sediakan sos vanila sambil menunggu pudding siap dimasak
  • Pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
  • Masukkan kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan.
  • Kacaukan sos sehingga pekat dan mendidih
  • Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama pudding roti 

Filed under cooking food recipe anis nabilah chef cook eat malaysian malaysia kuala lumpur television tv show asian

14 notes

RESIPI : Rasa-Rasa Episode 3 : Grillin’ & Trillin’

1) KAMBING BAKAR

Bahan-Bahan

  • Kambing bahagian kaki
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Jintan Manis (dikisar)
  • Jintan Putih (dikisar)
  • Serbuk Kari Daging
  • Serbuk Cili
  • Sos Pudina / Daun Pudina (dikisar)
  • Madu
  • Sos Barbeque
  • Lada Hitam (dikisar)
  • Herba Rosemary
  • Coca-Cola
  • Garam
  • Mentega


Cara Penyediaan

  • Campurkan semua bahan-bahan yang telah dikisar dan rempah ratus, dan kacaukan sehingga rata.
  • Perapkan kambing dengan bahan-bahan tersebut
  • Panggangkan kambing selama 1½   jam. 
  • Sapukan sos perapan setiap 15 minit sehingga kambing siap dimasak
  • Hiris nipis sebelum dihidangkan

2) KEPAK AYAM BBQ

Bahan Bahan

  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Halia(dikisar)
  • Serbuk kari daging
  • Serbuk cili
  • Madu
  • Kicap masin
  • Sos barbeque
  • Sos mustard
  • Lada hitam (dikisar)
  • Serbuk kopi segera
  • Coca-Cola
  • Garam
  • Mentega


Cara Penyediaan

  • Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali mentega kedalam sebuah mangkuk
  • Gaulkan kesemua bahan-bahan sehingga rata
  • Perapkan kepak ayam selama 1 jam sebelum memanggangnya menggunakan arang
  • Panggang selama 20 minit atau sehingga kepak masak
  • Sambil memanggang sapukan sedikit mentega pada kepak untuk membuat kulitnya rangup 

3) COUS COUS ALA TIMUR TENGAH

Bahan-Bahan

  • 500gm Cous Cous (sejenis bijirin yang dibuat menggunakan tepung suji)
  • 4 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar herba campuran (kering atau segar)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • bawang putih (dikisar)
  • serbuk pati ayam
  • sos cili
  • kacang gajus
  • bawang kuning (dipotong bulat)
  • 800ml air masak


Cara Penyediaan

  • Cairkan mentega dan tumiskan bawang putih
  • Masukkan herba camour dan kacang gajus
  • Masukkan pula serbuk cili dan tumiskan sehingga harum
  • Masukkan sos cili dan serbuk pati ayam
  • Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih
  • Selepas mendidih taburkan cous cous perlahan-lahan dan kacaukan sehingga cous-cous serap kesemua air
  • Pastikan api perlahan
  • Selepas cous cous kembang dan kering tutupkan api dan taburkan bawang
  • Kacaukan sekali lagi sebelum dihidangkan 

4) SALAD TIMUN YOGURT

Bahan-Bahan

  • 2 biji timun (dihiris nipis dan dibuang biji)
  • 3 biji cili hijau (dihiris)
  • 1 biji biji bawang kuning (dihiris)
  • 200gm yogurt perisa asli
  • serbuk lada putih
  • garam


Cara Penyediaan

  • Campurkan semua bahan-bahan yang telah dihiris kedalam sebuah mangkuk
  • Masukkan yogurt dan garam dan lada secukup rasa
  • Simpan didalam peti sejuk selama sejam dan sedia untuk dihidang 

Filed under anis nabilah chef cook cooking show tv9 media prima barbeque chicken lamb food salad party friends makanan masakan malaysia kuala lumpur marinate delicious easy

7 notes

nelly-endingofthestory-deactiva asked: hi kak anis (: i woould like you to post the "puding roti" recipe on ur tumblr which you use banana and cooking choc . well . its last week recipe on tv9 . i saw it , but i miss to take down all the notes . hope you can post it .

thank you .

Hi dik, thank you for your message,
yes! i will be posting that very soon, try it okay?
thanks dear :) 

4 notes

eenz asked: Hi Anis, finally am able to msg u...haha...Anis i loves all your tv shows...thanx for sharing the Rasa Rasa recipe...Btw, i would like to request you to share the Sesedap Rasa recipe...if u dun mind...huhu...coz i miss some of the episode...hope u can consider it...tq...

hey eenz, thank you for your msg! glad you liked the recipes that i have posted up, and yes! im currently compiling the recipes for my other shows as well, apparently there’s alot on facebook also asking for recipes from Sesedap Rasa as well. 

once i’ve compiled everything, i will post it here as well definitely! :) thank you so much for the compliments, really appreciate it!

12 notes

RESIPI : “Rasa-Rasa” Episode 2 : Movie Night

1) SPAGHETTI OLIO UDANG

Bahan-Bahan

  • Spaghetti (direbus)
  • Bawang Putih (dicincang)
  • Cili Merah (dicincang)
  • Udang yang telah dikupas kulit
  • Herba thyme (dicincang)
  • Tomato Ceri
  • Air bikarbonat perisa lemon (Sprite)
  • Serbuk Cili Kasar
  • Minyak Zaiton
  • Garam


Cara Penyediaan

  • Dengan menggunakan kuali leper, panaskan sedikit minyak zaitun
  • Tumiskan bawang merah sehingga keperang-perangan
  • Campurkan cili merah dan herba thyme, selepas harum masukkan udang dan tomato ceri.
  • Kemudian masukkan spaghetti dan gaulkan sehingga rata
  • Masukkan serbuk cili, garam dan sedikit Sprite. Sedia untuk dihidang!


2) NACHOS DAN SOS KEJU

Bahan-Bahan

  • Nachos (emping jagung)
  • 12 keping keju cheddar
  • 800ml susu segar
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar garam
  • Serbuk lada putih
  • Daun bawang


Cara Penyediaan

  • Cairkan mentega didalam periuk, masukkan tepung dan gaulkan sehingga rata kemudian masukkan susu dan serbuk cili
  • Kacaukan sehingga susu menjadi pekat
  • Setelah pekat, masukkan kepingan keju
  • Setelah keju cair sepenuhnya masukkan garam dan lada putih.
  • Taburkan daun bawang yang telah dihiris dan hidangkan bersama emping jagung


3) MOCKTAIL BUAH NAGA

Bahan-Bahan

  • Buah Naga
  • Air bikarbonat perisa epal (Zapple)
  • Ais Batu


Cara Penyediaan

  • Cincang buah naga dan masukkan kedalam jug air
  • kisarkan ais batu bersama air Zapple dan campurkan kedalam jug. Sedia untuk dihidang 


Rancangan "Rasa-Rasa" kini disiarkan di TV9 pada hari Khamis, 7.30pm. Jangan lupa saksikan minggu depan!

Filed under tv show programme malaysia cooking food recipe resipi makanan anis nabilah chef masak spaghetti cheese dip drinks mocktail tv9 media prima

9 notes

RESIPI : “Rasa-Rasa” Episode 1 - Birthday Party

1) AYAM PANGGANG

Bahan-Bahan

  • Ayam yang belum dipotong
  • 7 biji bawang merah dikupas kulit
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 labu bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu besar lada hitam (dikisar)
  • 1 batang herba rosemary (dicincang)
  • 8 sudu besar sos barbeque 
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar mustard
  • 3 sudu besar madu
  • garam secukup rasa


Cara Penyediaan

  • Pastikan ayam dibersihkan dahulu
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170c
  • Campurkan semua bahan-bahan lain kedalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati
  • Sapukan bahan-bahan perap di luaran ayam dan dibawah lapisan kulit
  • Masukkan ayam kedalam ketuhar selama 15 minit. Selepas minit ke 15 keluarkan ayam dan sapukan bahan-bahan perapan keatas ayam sekali lagi, masukkan ayam ke dalam ketuhar selama 15 minit dan lakukan langkah tersebut sekali lagi.
  • Selepas 45minit keluarkan ayam dari ketuhar dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan

2) SALAD KENTANG

 Bahan-Bahan

  • 10 biji ubi kentang (dikupas kulit & direbus)
  • 1 biji bawang kuning (dicincang)
  • 7 ulas bawang putih (dicincang)
  • 300gm daging cincang
  • 6 sudu besar mayonis
  • daun bawang (dicincang)
  • lada putih
  • garam


Cara Penyediaan

  • Rebuskan ubi kentang sehingga empuk dan buangkan air rebusan kemudian potong dadu.
  • Tumiskan bawang putih yang telah dicincang didalam kuali leper dengan menggunakan sedikit minyak
  • Selepas bau harum, masukkan daging cincang
  • Pastikan daging cincang digoreng sehingga garing
  • Campurkan daging cincang bersama kentang dan gaulkan sehingga rata
  • Campurkan mayonis, bawang, daun bawang, lada putih dan garam secukup rasa
  • Gaulkan sehingga rata dan sedia untuk dihidang!

3) STICKY DATE PUDDING (KEK KURMA)

Bahan-bahan

  • 250gm kurma yang telah dibuang biji
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 125gm mentega
  • 1 cawan gula perang halus
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/2 cawan air

   Sos Butterscotch

  • 3/4 cawan gula perang halus
  • 100gm mentega
  • 1 tin susu sejat
  • 1 sudu besar tepung jagung


Cara Penyediaan

  • Panaskan ketuhar pada suhu 170c
  • Campurkan kurma bersama dengan air dan rebuskan dengan api sederhana.
  • Selepas mendidih, padamkan api dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan selama 15 minit dan kisarkan bahan rebusan tadi.
  • Pukulkan mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukulkan sehingga sebati. 
  • Masukkan tepung dan juga adunan kurma tadi ke dalam loyang yg lebih besar dan tuangkan air ke dalam loyan besar tersebut. Masukkan kedua-dua loyang kedalam ketuhar dan bakar selama 1 jam. 
  • Sambil menunggu kek siap dibakar, sediakan sos butterscotch.
  • Masukkan gula dan mentega kedalam kuali leper. Pastikan api sederhana, kacaukan sehingga gula cair
  • Masukkan susu sejat dan gaukkan sehingga tiada ketulan gula, apabila hampir mendidih perlahankan api dan masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan air. Gaulkan sehingga sos menjadi pekat.
  • Selepas kek siap dibakar, hidangkannya bersama krim putar dan sos butterscotch

Saya harap ada yang akan cuba dirumah! Kalau ada, hantarlah gambar pada saya di Twitter (http://www.twitter.com/Anis_Nabilah) ataupun Facebook (Fanpage : Anis Nabilah)

Filed under cooking malaysia anis nabilah chef culinary food pictures tv show lifestyle rasa-rasa tv9 media prima

4 notes

sharontv asked: hi there Anis! I am really amazed with the way you cook in Icip-icip. I was wondering how you able to get into the show?

Thank you Sharon :)

Well, I went for the casting with TV3 to become the host/cook and was shortlisted, I was then a fresh culinary graduate, and i talk alot naturally.. hahaha! 

btw, sorry for the late reply, i havent been on my Tumblr for months!

<3